how to create a glitter text

Friday, 8 June 2012

Tanda Allah Maha Berkuasa



Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada Allah-lah hakikat manfaat dan mudarat. Tiada suatu apapun yang dapat memberikan manfaat maupun mudarat melainkan dengan izin-Nya. Allah-lah yang menghina dan Allah-lah yang memulikan. Sesiapa yang dimuliakan Allah, maka dialah orang mulia. Barangsiapa yang dihinakan Allah, sesungguhnya benarlah dia seorang yang hina. Segalanya adalah milik Allah.

Segalanya bersumber daripada khazanah Allah s.w.t.. Khazanah yang tiada batas dan hadnya. Khazanah Allah yang maha luas, seluas Kudrat dan Iradat Allah yang tiada had dan batasnya. Khazanah yang pintunya tidak pernah tertutup dan isinya tidak pernah berkurang.

Jika berhimpun seluruh manusia dan jin daripada yang awal sehingga yang terakhir daripada mereka di satu lapangan, lalu dengan serentak masing-masing berdo'a memohon kepada Allah setiap hajat dan keinginan mereka, dengan bahasa masing-masing yang bermacam-macam lagi berbagai, pasti, pasti dan pasti!. Segala permohonan mereka itu dapat didengar dan dapat difahami oleh Allah s.w.t.


Dan jika Allah s.w.t. memakbulkan setiap do'a dan permintaan tersebut, nescaya tidak berkurang satu apa pun daripada Allah s.w.t., melainkan ibarat setitis air daripada lautan yang terbentang luas. Inilah Kudrat Allah, itulah khazanah Allah s.w.t. Di tangan Allah ada Sunnatullah (hukum-hukum peraturan Allah), dan di tangan Allah jugalah adanya Kudratullah (kemutlakan kekuasaan Allah).


 

Sahabat yang dimuliakan,
Allah s.w.t. Maha Berkuasa di atas setiap makhluk ciptaan-Nya. Harus dan bebas bagi Allah untuk menjadikan atau melakukan sesuatu berdasar asbab (sebab-akibat) dan harus bagi Allah untuk melakukan sesuatu menyalahi asbab. Bahkan harus bagi Allah untuk melakukan sesuatu tanpa asbab. Pisau yang sama di tangan Nabi Ibrahim a.s. mampu membelah batu, tetapi pisau yang itu juga tidak dapat melukakan Ismail r.a. Api yang marak membakar ranting-ranting dan puntung-puntung kayu yang membukit dengan lahapnya, tetapi api yang menggunung itulah yang tidak mampu membakar walau sehelai roma Nabi Ibrahim a.s.

Untuk hidup, kita perlukan udara, air dan makanan, tetapi apakah yang dapat menjadi punca kehidupan kepada Nabi Yunus a.s. selama dia berada sekian hari lamanya di dalam perut ikan Nun? Yang ada hanyalah segala kematian; tanpa makanan dan tanpa minuman dan tanpa udara. Inilah yang dinamakan Kudratullah, yang ada bersama Nabi Yunus a.s. ialah Kudrat Allah, bukan hanya sekadar Sunnatullah lagi. Apabila Allah menginginkan sesuatu itu tidak binasa, ia pasti tidak akan binasa.


Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.


Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia antaranya:
Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dia menjadi begitu berminat dengan ibadah. Adakalanya sesetengah orang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mahu mencintai Allah.
Tetapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju dan mundur, turun dan naik, akhirnya tenggelam pula dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu Allah mencintai dirinya.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman :" Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.”
(Riwayat Imam Ahmad)


Maka orang yang yakin bahawa Allah mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah Allah juga. Bukan kerana kehebatan dan kewarakan, melainkan Allah yang menuntun ke jalan takwa.


Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai Allah iaitu cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak dan isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta Allah kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.


Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila maksiat membuat dia bangkit mendekati Allah. Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat dan istighfar.


Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun.

Sahabatku,
Walaupun yang ada pada masa itu hanyalah segala asbab kebinasaan. Laut yang sama Allah s.w.t. gunakan untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikutnya, dengan laut yang sama juga Allah telah binasakan Fir'aun dan segala bala tenteranya. Manusia pada hukumnya memerlukan pencantuman benih daripada ibu dan bapanya untuk dilahirkan ke muka bumi ini, tetapi siapakah yang telah menjadikan Nabi Isa a.s. tanpa bapa, malah yang menjadikan Nabi Adam a.s. tanpa ibu dan bapa? Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Dalam genggaman-Nyalah segala sesuatu.

Bagaimana Allah s.w.t. telah menghancurkan tentera Abrahah dengan dihantar-Nya burung-burung yang kecil, membawa bersama-sama mereka batu kerikil yang kecil. Cukup untuk menyebabkan Abrahah dan tentera bergajahnya hancur berkecai, bagai daun yang dimakan ulat. Sedangkan ketika itu Abdul Mutalip dan pemimpin arab tidak berupaya melawan tentera Abrahah untuk mempertahankan Ka'abah.

Oleh itu marilah sama-sama kita mentauhidkan Allah s.w.t. dengan sifat yakin dan sahih. Yakin dengan sebenar-benar-Nya bahawa kesempurnaan, ketunggalan, kehebatan, kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. darisegi Zat, Af'aal, Asma' dan Sifat. Kalimah 'Laa ilaaha illallah' ini menuntut supaya kita mengosongkan apa jua sesuatu selain Allah daripada hati kita. Hanya Allah dan kesukaan-kesukaan Allah yang layak memenuhi hati kita. Hanya undang-undang dan peraturan hidup daripada Allah s.w.t. sahaja kita terima dan undang-undang lain kita tolak.

Di dalam sebuah hadis Qudsi ada disebut. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Wahai hamba-Ku! Hatimu adalah taman-Ku; dan Syurga-Ku adalah tamanmu. Sekiranya engkau tidak bakhil kepada-Ku dengan tamanmu bahkan engkau tempatkan makrifah-Ku di dalam hatimu, nescaya Aku tidak akan bakhil kepada kamu dengan taman-Ku dan Aku akan tempatkan engkau di dalamnya!"

Akhirkata, yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan, hanya dengan mengikut perintah Allah, kita akan berjaya. Dan apabila melanggar perintah Allah pasti ada kegagalan dan kehinaan. Janji Allah adalah benar. Akhirat adalah benar, Barzakh adalah benar. Mahsyar adalah benar. Syurga adalah benar. Neraka adalah benar. Segala janji Allah pasti akan berlaku kerana sesungguhnya :'Tiada Tuhan melainkan Allah'


Sumber: Dipetik daripada artikel Allah Maha Berkuasa di Seluruh Alam, oleh Abu Basyer

Thursday, 31 May 2012

Mari Tenangkan Jiwa!



Mari kita sama2 menghayati lagu ni,,, betapa besarnya keagungan Allah jika dibandingkan dengan manusia..

SUBHANALLAH..
.


Lirik lagu Allah Maha Besar by Opick


Alloh Maha besar dgn segala keagungan milikMu 

Alloh Maha besar segala puji utkMu

bayi yang lahir nyawa yg hilang setiap insan

semua telah dituliskan

burung yang terbang ikan berenang

kerana Alloh

tiada satupun yang tak terencana

daun yang jatuh dan hujan yang turun

setiap musibah dan kematian tlh dituliskan

Alloh yang maha pencipta

tak satupun kekurangan

Allah yg maha besar

segala puji untukMu


Alloh Maha besar dgn segala keagungan milikMu

Alloh Maha besar segala puji utkMu 2x





Sumber: Muzik Lib

Orang Ikhlas Itu Tertindas?




Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.

"Mengapa?" balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"

Sengaja saya bertanya soal-soal 'di luar kotak' agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

"Oh ramai encik�"

"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

"Kakak, boleh saya bertanya?"

"Tanyalah encik�" ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang 'menjadi' dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik� tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran�" kata saya perlahan. Hampir berbisik.

"Maksud encik?"

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."

"Tidak pernah saya terfikir begitu encik�"

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."

"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"

"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"

"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita�"

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."

"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?"

"Pasti ada! Insya-Allah."

"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita� Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"

"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."

"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."

"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"

"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting� hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."

"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.

"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja� pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back� Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"

"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our �ceo�, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan�"

"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."

"Kenapa?"

"Kita akan sakit jiwa!"

"Kenapa?"

Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,� balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi� " kata kakak itu perlahan.

�Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi� Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?�

"Ah, kita terlalu ego�"

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan� orang ikhlas tertindas?



Sumber: Portal Mukmin

DALIL NAQLI kekuasaan Allah





Dalil Naqli


Seterusnya, mari kita perbahaskan pula dalil-dalil dan bukti bukti yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT itu wajib bersifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat menurut dalil naqli atau dalil-dalil yang digali daripada Al Quran. Dalil ini adalah dalil yang diwahyukan oleh ALLAH SWT sendiri atau merupakan pengesahan daripada ALLAH SWT sendiri. Kerana itu ia merupakan dalil yang lebih tepat daripada dalil akal. Dalil ini sama sekali tidak boleh kita tolak. Kalau kita tolak bermakna aqidah kita juga akan rosak. Firman ALLAH: Yang haq (benar) itu datang dari Tuhanmu, janganlah kamu termasuk dalam orang yang ragu. (Ali Imran: 60) Jadi, daripada dua dalil yang kita gunakan untuk membuktikan sifat-sifat wajib bagi ALLAH SWT iaitu secara aqli dan secara naqli, dalil naqli adalah yang paling tepat dan paling benar. Itulah dalil yang mesti kita terima bulat-bulat.


Dalil Naqli Sifat Qudrah


Dalil naqli yang menunjukkan ALLAH SWT bersifat Qudrah terkandung di dalam surah Al Waqiah:
 KAMI-lah yang berkuasa menetapkan mati di kalangan kamu. (Al Waqiah: 60)




 Di dalam ayat ini ALLAH menegaskan dengan kata-kata "Kamilah yang berkuasa..." Dengan itu bertambah yakinlah kita bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah kerana ALLAH sendiri yang berkata demikian. Sebelum ini kita hanya membahaskan secara akal saja. Jadi akal saja yang memberikan pendapat demikian dan akal saja yang menentukan bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah. Tetapi oleh kerana melalui dalil naqli ini ALLAH sendiri yang berkata, maka ia lebih tepat lagi. Jadi ayat 60 dari surah Al Waqiah ini adalah satu bukti yang kuat dan padu yang menunjukkan ALLAH bersifat dengan sifat Qudrah. Dalil ini tidak perlu lagi kita bahaskan kerana ia cukup jelas ditegaskan oleh ALLAH SWT. Kalau akal yang membuat penentuan, mungkin juga boleh kita bahaskan tetapi kalau ALLAH sendiri yang memberi penegasan melalui ayat Al Quran, ia tidak perlu lagi kita bahas. Ia wajib kita terima bulat-bulat kerana kalau kita tolak bererti kita telah jatuh kafir. Kerana menolak walau satu saja daripada ayat-ayat Al Quran bererti kita menolak semuanya. 




Dalil Aqli Sifat Qudrah


Katalah kita ambil sifat Qudrah bagi ALLAH SWT. Kala ada orang mengatakan ALLAH tidak wajib bersifat Qudrah, maka jadilah ALLAH itu bersifat lawannya iaitu lemah. Dan kalaulah ALLAH bersifat lemah, sudah tentulah sesuatu dari pada alam ini tidak akan ada. Tentulah tidak akan ada langit, bumi, bintang, bulan, matahari dan lain-laimrya. Dan sembarang alam juga tidak akan ada sama ada alam haiwan, alarn insan, alam jin, Alam Malakut dan lain-lainnya. Padahal semua alam ini sudah dapat kita lihat dan ada di depan mata kita sendiri. Maka ini membuktikan bahawa ALLAH tidak bersifat lemah. Dan wajiblah ALLAH bersifat Qudrah.


Daripada dalil aqli ini, jelaslah membuktikan kepada kita bahawa tetaplah ALLAH itu bersifat Qudrah, dan kita pula wajib meyakininya. Jangan sedikit pun kita meragui bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah kerana kalau kita ragu ataupun kalau kita jahil, maka akan rosaklah aqidah kita. Dan kalau aqidah kita rosak, maka seluruh amal kebajikan kita sudah menjadi sia-sia. Malah, kalau aqidah kita sudah rosak, ia akan menjerumuskan kita ke dalam Neraka dan kekal abadi di dalamnya.




sumber: http://kawansejati.org/node/26262#DalilNaqliSifatQudrah

Kebesaran Allah

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam ini dengan penuh hikmah. Melihat alam kejadian Allah menambah rasa cinta dan keyakinan kita kepada Allah yang Maha Esa.


Mari kita hayati dan tadabbur video ini. Betapa berkuasanya Allah S.W.T!!!







Tanda Kekuasaan Allah

 




Sumber: fadhleyanie.blogspot.com

Tuesday, 29 May 2012

Definisi Al Qudrah




AL QUDRAH adalah perkataan Arab yang maknanya dalam bahasa kita ialah 'kuasa" atau "daya upaya" atau "mampu" atau boleh juga kita maknakan sebagai "boleh". Misalnya, kita berdaya upaya berpuasa atau mampu berpuasa dan sebagainya.


Manakala maksud sifat Qudrah bagi ALLAH SWT ialah bahawa ALLAH berkuasa ataupun berupaya mengadakan sesuatu yang sepatutnya ada, dan berupaya atau berkuasa mentiadakan sesuatu yang sepatutnya tiada.



Dengan pengertian yang lain, ALLAH berkuasa menghidupkan dan mematikan. ALLAH juga berkuasa memiskinkan dan mengkayakan. ALLAH berkuasa. memuliakan dan menghinakan, serta berkuasa juga menyakitkan dan menyihatkan atau menyembuhkan. Dan ALLAH juga berkuasa untuk membuat seseorang itu pandai dan membuatkan seseorang itu menjadi bodoh.


Ertinya, ALLAH berkuasa berbuat apa saja. Apa saja yang ALLAH kehendaki, berupaya Dia lakukan. Inilah yang menjadi keyakinan kita atau pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak boleh enyimpan walau sedikit pun keraguan.


Andaikata ada sedikit sahaja waham atau dicelah oleh zan, maka seseorang itu jatuh syirik atau kafir atau pergi kepada murtad. Jadi, hendaklah kita kuatkan sungguh- sungguh keyakinan kita terhadap Qudrah Allah ini.



Ertinya, bagi apa saja di atas sesuatu itu iaitu siapa saja sama ada manusia atau haiwan atau kayu-kayan atau malaikat, dan apa saja sama ada di atas langit atau di bumi, di dunia 'atau di Akhirat, ALLAH berkuasa di atas semuanya; sama ada mengadakan atau mentiadakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...