how to create a glitter text

Tuesday, 29 May 2012

Definisi Al Qudrah




AL QUDRAH adalah perkataan Arab yang maknanya dalam bahasa kita ialah 'kuasa" atau "daya upaya" atau "mampu" atau boleh juga kita maknakan sebagai "boleh". Misalnya, kita berdaya upaya berpuasa atau mampu berpuasa dan sebagainya.


Manakala maksud sifat Qudrah bagi ALLAH SWT ialah bahawa ALLAH berkuasa ataupun berupaya mengadakan sesuatu yang sepatutnya ada, dan berupaya atau berkuasa mentiadakan sesuatu yang sepatutnya tiada.



Dengan pengertian yang lain, ALLAH berkuasa menghidupkan dan mematikan. ALLAH juga berkuasa memiskinkan dan mengkayakan. ALLAH berkuasa. memuliakan dan menghinakan, serta berkuasa juga menyakitkan dan menyihatkan atau menyembuhkan. Dan ALLAH juga berkuasa untuk membuat seseorang itu pandai dan membuatkan seseorang itu menjadi bodoh.


Ertinya, ALLAH berkuasa berbuat apa saja. Apa saja yang ALLAH kehendaki, berupaya Dia lakukan. Inilah yang menjadi keyakinan kita atau pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak boleh enyimpan walau sedikit pun keraguan.


Andaikata ada sedikit sahaja waham atau dicelah oleh zan, maka seseorang itu jatuh syirik atau kafir atau pergi kepada murtad. Jadi, hendaklah kita kuatkan sungguh- sungguh keyakinan kita terhadap Qudrah Allah ini.



Ertinya, bagi apa saja di atas sesuatu itu iaitu siapa saja sama ada manusia atau haiwan atau kayu-kayan atau malaikat, dan apa saja sama ada di atas langit atau di bumi, di dunia 'atau di Akhirat, ALLAH berkuasa di atas semuanya; sama ada mengadakan atau mentiadakan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...