Dalil Naqli
Seterusnya, mari kita perbahaskan pula dalil-dalil dan bukti bukti yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT itu wajib bersifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat menurut dalil naqli atau dalil-dalil yang digali daripada Al Quran. Dalil ini adalah dalil yang diwahyukan oleh ALLAH SWT sendiri atau merupakan pengesahan daripada ALLAH SWT sendiri. Kerana itu ia merupakan dalil yang lebih tepat daripada dalil akal. Dalil ini sama sekali tidak boleh kita tolak. Kalau kita tolak bermakna aqidah kita juga akan rosak. Firman ALLAH:
Yang haq (benar) itu datang dari Tuhanmu, janganlah kamu termasuk dalam orang yang ragu. (Ali Imran: 60)
Jadi, daripada dua dalil yang kita gunakan untuk membuktikan sifat-sifat wajib bagi ALLAH SWT iaitu secara aqli dan secara naqli, dalil naqli adalah yang paling tepat dan paling benar. Itulah dalil yang mesti kita terima bulat-bulat.
Dalil Naqli Sifat Qudrah
Dalil naqli yang menunjukkan ALLAH SWT bersifat Qudrah terkandung di dalam surah Al Waqiah:
KAMI-lah yang berkuasa menetapkan mati di kalangan kamu. (Al Waqiah: 60)
Di dalam ayat ini ALLAH menegaskan dengan kata-kata "Kamilah yang berkuasa..." Dengan itu bertambah yakinlah kita bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah kerana ALLAH sendiri yang berkata demikian. Sebelum ini kita hanya membahaskan secara akal saja. Jadi akal saja yang memberikan pendapat demikian dan akal saja yang menentukan bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah. Tetapi oleh kerana melalui dalil naqli ini ALLAH sendiri yang berkata, maka ia lebih tepat lagi.
Jadi ayat 60 dari surah Al Waqiah ini adalah satu bukti yang kuat dan padu yang menunjukkan ALLAH bersifat dengan sifat Qudrah. Dalil ini tidak perlu lagi kita bahaskan kerana ia cukup jelas ditegaskan oleh ALLAH SWT. Kalau akal yang membuat penentuan, mungkin juga boleh kita bahaskan tetapi kalau ALLAH sendiri yang memberi penegasan melalui ayat Al Quran, ia tidak perlu lagi kita bahas. Ia wajib kita terima bulat-bulat kerana kalau kita tolak bererti kita
telah jatuh kafir. Kerana menolak walau satu saja daripada ayat-ayat Al Quran bererti kita menolak semuanya.
Dalil Aqli Sifat Qudrah
Katalah kita ambil sifat Qudrah bagi ALLAH SWT. Kala ada orang mengatakan ALLAH tidak wajib bersifat Qudrah, maka jadilah ALLAH itu bersifat lawannya iaitu lemah. Dan kalaulah ALLAH bersifat lemah, sudah tentulah sesuatu dari pada alam ini tidak akan ada. Tentulah tidak akan ada langit, bumi, bintang, bulan, matahari dan lain-laimrya. Dan sembarang alam juga tidak akan ada sama ada alam haiwan, alarn insan, alam jin, Alam Malakut dan lain-lainnya. Padahal semua alam ini sudah dapat kita lihat dan ada di depan mata kita sendiri. Maka ini membuktikan bahawa ALLAH tidak bersifat lemah. Dan wajiblah ALLAH bersifat Qudrah.
Daripada dalil aqli ini, jelaslah membuktikan kepada kita bahawa tetaplah ALLAH itu bersifat Qudrah, dan kita pula wajib meyakininya. Jangan sedikit pun kita meragui bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah kerana kalau kita ragu ataupun kalau kita jahil, maka akan rosaklah aqidah kita. Dan kalau aqidah kita rosak, maka seluruh amal kebajikan kita sudah menjadi sia-sia. Malah, kalau aqidah kita sudah rosak, ia akan menjerumuskan kita ke dalam Neraka dan kekal abadi di dalamnya.
sumber: http://kawansejati.org/node/26262#DalilNaqliSifatQudrah
0 comments:
Post a Comment